Khamis, 25 Ogos 2011

DEMAM RAYA DAH MULA DAHHHHH

huhu..entry bikinhati girang nak balik umah..mane taknyer..dah nak dtg bulan yg ditunggu2..walau tak cukup posa sebulan..hehehe..semalam g bawak Alya g cr bj raya..huhu..sian anak ibu..last minit br dapat bj..tu pon sepasang jer..nak cr yg sesuai+cantik+comel utk digayakan oleh si tecit ni bukanya senang ye kawan2..kat Mydin gak dapat..huhu

tahun ni tema baju coklat tanah..ibu n ayah pakai bj yg ada je..tp utk si tecit sorang ni semuanya pasti baru+comel!!!
Alya sudah makin cerdik.tau je ibu nak ukur bj baru dia..dah siap2 pusingkan badan..tak pyh disuruh2 lagi..wah!advance anak ibu nih..

tahun ni kiter beraya di rumah nenek Tedong..tahun ni gak Alya dah leh collect dut ry..ti ibu leh simpan dalam tabung Hj tu..alhamdulillah..dalam usia yg kecil ni ibu dah mulakan amalan menabung+menyimpan utk dak tecik ni..semua ni utk ms depan alya yg belom lagi ibu nampak kesudahanyer ape..huhuh..hai anak..ibu doakan dikau sentiasa dinlindungi+diberi kesihatan yg baik+dan semoga ibu sentiasa ada di sisimu walau sakit+senang nnt..
semoga dipermudahkan perjalanan hidup kamu nnt sayang...

semoga tahun ini memberikan kita sinar dalam menuju+mencari keredhaan dalam hidup kita..moga segala rintangan dapat kite tempoh dengan sabar dan ikhlas..Ya Allah..moga kau permudahkan perjalanan kami dalam mencari rezeki yg halal dalam membesarkan anak kami ini..permudahkanlah..kepadamu sahaja tempat ku mengadu..amin.

di kesempatan ini juga saya dan keluarga memohon ampun dan maaf kiranya ada tersalah kata@bahasa dalam menulis di dalam blog yg mmg budget takde org nak bace ni..Slmt Hari Raya..dengan ucapan..raya nnt beringatlah..jgn mkn banyak2..jg kesihatan..yg nak balik kg tu..pandulah berhati-hati..biar lamabat aslkan selama..ramai yg menanti di kampung tu..sekian..




Isnin, 1 Ogos 2011

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

hai kawan2..diam tak diam dah tibe harinye kite berposa kan?ibu Alya pun posa gak..hiks..tp Alya tak posa pong!

pagi tadi ibu tak bnyk keje sangat coz semlm dah semakkan dr menyapu dan kemas sket2 sempena nak sambut Ramadhan ni..

Bulan yg mulia..bulan keberkatan..dan bulan ibadah..same2lah kte mencari nikmat posa sepanjang bulan Ogos ni..ye kawan2?

SELAMAT BERPUASA &SELAMAT BERBUKA PUASA

untuk berbuka pada pertama puasa..my hubby wat special request..MEE KARI..huhu..mmg jarang sgt dapat masak utk abg..so hari ini..sy siapkan jua MEE KARI air tangan sy itu..niat utk kenyangkan suami..itu aja..
Hasil dr masakan itu..abg kate..'sedap..pandai ayg masak'huhu..terharunyer... tp sy tak dpt nak snap gambarnyer..heheh..si tecit ni wat manja2 gtu..tak mau duk diam..n dr ptg td tak mo tdo gak!huhu

sok dah keje..rasenyer takpat nak sediakan juadah buka..kelam kabut  je mcm ni..huhu...tg hr minggu plak..nak wat menu pe plak pas ni ek???ada dgr2 ckp2 belakang hubby td..nak ns ayam plak?huhu..insyaAllah akan ku cube sediakan.heheheh


Selasa, 26 Julai 2011

kechiknyer dunia..kan?

salam..hari tu ibu ada kate kan..ibu bz ngan kursus..so last week ibu baru je habiskan masa di A' Famosa Resort Melaka sempena menyertakan diri ini ke kursus fungsi pilihan raya..so bila dah duk kat citu 4 hari 3 mlm..ibu tak sangka ibu akan jumpa owner blog diarylandamira kat situ..hehehe..kami leh plak 1 group...ibu penah terbaca blog dia..bila selak2 blog dia tu..ibu tgk ada 1 gambar tu..gambar owner bersama bf dia..ibu telek punye telek..sah!mmg ibu kenal bf dia tu..heheheh..dia pun ada time kursus tu..so apalagi..ibu pun jadilah mat kacau tak bergaji time tu..duk tanye betul ke tak dia ada g wedding sesape kat utara nun tu..so bila dia duk citer+jwb soklan ibu tu..dia dah sahkan citer tu betul..n kebetulan owner ada je kat belakang kitorang..heheheh..tak sangka kan?

menurut kate mira..dia ni group wifey2 kapal..hubby semua ke laut tu..hhehehe..so tak peliklah kan?ibu selak pon dr blog mama qies tu..*blog feveret ibu*hiks..

tak sangka kan..ibu dpt jalinkan silaturrahim baru...hopefully hubungan ni akan terjalin kekal sampai bila2 ek mira??ti ada kelapangan..takdir dan suratan..insyaAllah kite leh jumpa...kite same2 minat nak selak blog mama qies tu kan?ti date ngan dia nak???hehehehe..insyaAllah..moga diperkenankan..amin..

Ahad, 10 Julai 2011

PETUA YG DICARI

ehm..ibu sgt risau..lately ni Alya sgtlah sensitif ngan telur..selalu muntah@kuar merah2 kat pp kiri dia tu kalu termakan telur..kadang2 garu sampai melecet..huhu..ciankan anak saya?for all mommies out there..ada ape2 petua tak for this alergik?kesian lah kat dia..

kadang-kadang ibu sangatlah sedih tengok dia takpat tido mlm2..gatal sangat agaknyer..huhu..n pastilah ibu punyer mate pon jadi mcm ladybird lah keesokkan paginyer..huhu..sgt2 tak cukup tido..

ubat ape yg ibu nak pakai ye kalu dia gatal2 ni?????






Ahad, 3 Julai 2011

Seminggu yang jauh di mata..huhu

ehm..start dr hari ni..ibu akan berjauhan ngan si tecik itu..waawawaw..kene g kursus di Johor..huhu..cedihnyerlah hati ni nak jauh-jauhan ngan si pengarang jantung beta itu..agak2 Alya pun gtu gak ka?heheheh

ibu akan berada di sana sampai Jumaat ni..*aduh! terlepas malam wajib*hiks

So, Alya akan tdo bersama-sama ngan ayah kesayangan di rumah my MIL..ehm..hopefully anak ibu tak notty bila sama2 ngan ayah k? jgn nangis2..jgn rindu2 kat ibu k sayang..ibu pon risau gak ni..dulu2 ibu tinggalkan ngan ayah, Alya still tecik lagi..lah ni dah pandai mencari kelibat ibu..pantang ibu takde dcc..meragam jerk..huhu..nnt ibu balik kite polok2 ghindu k?

inilah rutin keje gomen..ada plak kursus wajib 7hari yg kene cukupkan pertahun..huhu..kalu mg ni dpt 5 hari..ada lagi 2hr nak cukupkan 7..huhu..harap2 dapat plak kursus dekat2 jer.leh balik hari..

oklah..ibu takleh nak borak lelame coz jap lagi nak gerak dah..doakan ibu slmt sampai and selamat pulang *mcm nak g jauh over the sea jer*hiks

kepada ayah..jaga anak kite lek lok k? jgn 'panas'2 ngan si tecik comel pengarang jantung kite tu k?..budak tecik begitulah..banyak ragamnyer..nak2 bila dia rasa terpinggir..mulalah wat perangai..Ayah kene sabar bnyk2 k? anak ibu pon tak leh notty2..Alya good girl kan?so behave ok bila dok ngan nenek nnt..ibu tayang dia!mmmmmmmuuuuahzzz+poloks-poloks ;p

Sabtu, 2 Julai 2011

org ikhlas selalu ditindas@tertindas

mari kita kongsi cerita menarik ini, saya dapat dari blog seorang sahabat :)..thanx mama qies coz sharing this entry..*sowi..tak mintak permit dulu..*ampun

isi ceritanya sangat terkesan di hati! mari baca, ambil pengajaran dari cerita ini..
renung-renungkan dan selamat beramal!

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar.. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan.. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”


“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”

“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”


“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”

“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

so..kawan2..the truth is..tak perlu mengharap sebarang balasan dalam ape jua yg kita lakukan terutama dlm ibadah seharian ini..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..sebaik2 manusia itu bukan dinilai dari mata..tapi dari hati dan sanubari yg dalam itu..cececeh...IKHLAS..

ye..sesungguhnya saya sangat2 terkesan tatkala terbaca entry ini..thanx to Yat coz sudi share this email with us! sgt berkesan dan seketika saya menarik nafas dalam..ikhlas ke aku selama ini? Ya Allah..pandulah aku ini ke jalan yg diredhaimu..moga aku selalu mendapat hidayah..petunjuk dalam aku membina keikhlasan dalam segala yang aku lakukan..ye..aku cukup bersyukur ngan apa yg telah Kau berikan kepadaku..sebuah keluarga yang penyayang..suami yg memahami..dan mmg takkan ku lupa anugerah yang telah kau beri untuk menambah keceriaan dlm rumah tangga kami ini..ye..itulah dia..Alya Batrisyia RD Jafni..
sesungguhnya ibu sangat mencintai kamu..ibu sangat2 berdoa moga ibu dapat mendidik kamu menjadi seorang anak yg cerdik ilmu dunia dan akhirat..seorang yg mendengar kata dan penuh kesopanannyer..sayang..moga Allah sentiasa melindungimu dalam ape jua yg akan kau lakukan nanti..sekiranya masa tidak menyayangi kiter..bile ibu tiada dccmu nnt..kenangkanlah ibu dalam doamu..amin..

* Gambar hanyalah sekadar hiasan*;p


 

Rabu, 15 Jun 2011

CERITA LAMA+BARU DAN SEHARI-HARI..

hai..salam..ibu rase entry ni cukuplah lame ibu dah simpan..sorrylah saya teramatlah bz n my internet pon dahkene blocked..dah 2hr dah..huhu..cian kan?tp takpe..tg sket mg lagi..ti ayah setelkan..blog pon dah sgtlah berabok..dah penat dah lap tak bersinar2 lagi ni..hehehe
apa kabar ye pembaca2 ibu ni?ada ke?heheh..ibu tak kisah blog ni ada followers or tak..asalkan ibu dpt berkongsi pe yg ada dlm hati ni di sini..tak kisahlah..sok lusa..adalah tu..heheh..tetibe sedih*hiks

Anak ibu?Alya?sgt sht n sgtlah aktif skang ni..so syomel skang..ape ye perkembangan dia lately ni?ehmmmm..dah pandai menari..heheh..n kekadang ikut ibu nyanyi n selawat..besar mulut dia buka nak ikut kiter menyanyi..heheh..sgtlah kelakar rupenyer..ayah sgtlah jeles coz masih tak dapat nak dpt tgk scene itu..huhu..takpelah ayah..ti ibu nyanyi sesame ye?heheh

menari kalu ibu buka chanel astrok 618 (promote channel from astro till September)..babytv.com..goyang2 vontots dia yg tecit itu..sgtlah syomel!

Jumaat lalu ibu ikut rombongan kak kaiyah (my MIL) g Kedah..rombongan bertunang adek ipar..so jauh n sgtlah sakit2 badan duk dlm bas..dgn melayan si tecit ni nyer perangai yg gedix nak berjalan2 dlm bas itu..tp kebanyakan masa Alya bnyk tdo jer..so ibu pon takleh nak kemana pon..mamam pon dlm bas gak..sib baik ada buat sambal kering+nasi himpit..kenyang!

acara pertunangan berlangsung pd Sabtu 11 JUN 2011..jam 11.30 pg..ms sgt suntuk utk kami bersiar2 kat sane..sempat gaklah g Padang Besar tu..taklah soping sakan..cume sempat rembat 1 pasang bj n sepasang jeans utk si tecit ni..utk ibu?ayah beli sepasang jersi Malaysia..blue calour for both of us!i like...kepada adek ipar gue RD Mussaddiq n tunangnyer..slmt memasuki alam yg penuh ngan rencah dan cabaran..hope korang berdua sbr n tabah selalu yer???

kami sebas sampai Melaka tepat kul 4 pagi..huhu..mengantuk+penat+skt badan ni Allah je yg tahu..huhu..my biras siap pesan+ugut his son.."Daris..ko kalu nak kawen jgn nak cr org jauh2!kalu cr gak, ko pinang sendr!'hehehe...sebab pe...bnyk sgt guna tenaga+belanja+masa...huhu..tp kalu dah kate itu jodohnyer..ikutkan jelah..heheh..ni sok tibe hr menghantar pengantin pasti haru ni..hopefully pilihan raya jauh lagi..kalu tak haruslah ibu takpat pg..hehehe..takpat soping lagiks!

*gambar?tg ar i upload..next entry boleh???hiks